Wednesday, 19 December 2012

Sumber Galian Negeri Kelantan (Part 2: Batu Marmar dan Emas)

BATU MARMAR


Kekayaan bumi Kelantan dengan sumber mineral yang pelbagai kini tidak mampu dinafikan lagi. Antaranya batu marmar kini dijalankan secara agresif di Bukit Batu Bong, Mukim Ulu Nenggiri, Bertam, Gua Musang. Projek kuari marmar tersebut dibangunkan Kelstone dengan kerjasama CEP Resources sebuah syarikat dari China. Kawasan seluas 65 ekar diluluskan Pejabat Tanah dan Galian Kelantan sebagai kuari batu marmar. Operasi menghasilkan batu marmar juga mendapat kelulusan JMG. Batu marmar mentah yang dihasilkan di Bukit Batu Bong kemudian dibawa ke Simpang Pulai, Perak untuk dipolish (polishing process).




Mesin Gergasi Digunakan Bagi Memecah Bukit Baru Marmar


EMAS

Perlombongan emas sekarang dijalankan di dua tempat di Kelantan iaitu Mukim Sokor di Tanah Merah dan Kampung Pulai di Gua Musang. Di Sokor perlombongan emas diusahakan sebuah syarikat dari China iaitu China Nonferrous Metal Mining (Group) Co. Ltd (CNMC). CNMC sebuah konglomerat dari China yang terlibat dengan perlombongan sumber galian bukan ferus di seluruh dunia.

Manakala perlombongan emas di Kampung Pulai, Gua Musang dijalankan sebuah syarikat dari Australia. Perlombongan emas di Gua Musang menggunakan kaedah palung dan hard rock. Perlombongan emas aluvial di Kampung Pulai Daerah Galas bermula pada September 2011 membabitkan kawasan yang diluluskan kerajaan negeri seluas 257 hektar secara pajakan dalam tempoh 10 tahun. Kaedah perlombongan sekarang lebih tertumpu kepada menggunakan sistem palung. Dijangka syarikat terbabit akan melakukan perlombongan secara hard rock dua tahun lagi. Jumlah pengeluaran emas di lombong tersebut pada 2011 sebanyak 29,402.54 gram. sehingga sekarang pengeluaran emas di kawasan tersebut sekitar 12 kg sebulan dengan purata hasil sekitar RM2 juta.

Emas.. 
(sekadar gambar hiasan)
(sumber: google)


-Tamat-

Sumber Galian Negeri Kelantan (Part 3: Barit dan Bijih Besi)

sumber rujukan: Berita PKINK (Bumi Kelantan Kaya Sumber Mineral)

No comments: