Showing posts with label sumber galian. Show all posts
Showing posts with label sumber galian. Show all posts

Sunday, 23 December 2012

Sumber Galian Negeri Kelantan (Part 3: Barit dan Bijih Besi)

BARIT (BARITE)


Barite atau barit (BaSO4) adalah mineral yang terdiri daripada sulfat barium. Kumpulan barite juga terdiri daripada baryte, celestine, anglesite dan anhidrat. Barite pada umumnya berwarna putih atau tidak berwarna, merupakan sumber utama barium. Barite dan Celestine membentuk larutan pepejal (Ba, Sr) SO4. Barit yang terpancar kadang-kadang dirujuk sebagai bologna batu sebagai bahan alkimia untuk spesimen pendar yang dijumpai dalam abad ke-17 berhampiran Bologna oleh Vincenzo Casciarolo. 


Barite berlaku akibat persekitaran depositional dan disimpan melalui sejumlah besar proses termasuk biogenik, hidroterma dan penyejatan. Barite biasa wujud dalam plumbum zink urat dalam batu kapur atau dalam deposit kolam air panas. Ia sering dikaitkan dengan anglesite mineral dan celestine. Ia juga telah dikenal pasti terkandung dalam meteorit. Fungsinya digunakan sebagai agen pemberat untuk menggerudi cecair dalam penerokaan minyak dan gas. Fungsinya untuk menindas tekanan pembentukantinggi dan mencegah blowouts. 


Barit lebih diperlukan sebagai peratusan daripada jumlah campuran lumpur. Manfaat tambahan barit sebagai bahan bukan magnet. Barit yang digunakan dalam penggerudian petroleum boleh menjadi hitam, biru, coklat atau kelabu bergantung kepada jasad bijih.


Gambar: Kristal barit yang dihasilkan daripada batu barite dan contoh batu barit yang belum diproses


BIJIH BESI

Bijih besi ditemui di Kampung Gual Dalam, Bukit Kwong Rantau Panjang. Sebelum ini kawasan itu merupakan kebun getah milik penduduk. Galian itu ditemui pada 2010 di bahagian selatan Bukit Kwong. Kawasan seluas 80 ekar milik penduduk disahkan mengandungi bijih besi. Di bahagian hilir pula baru ditemui galian terbabit akhir 2011 membabitkan kawasan seluas 70 ekar.


Penemuan bijih besi juga menyebabkan harga tanah di kawasan terbabit meningkat kepada lebih RM100,000 seekar. Bijih besi yang dilombong di situ sekitar 4,000 ke 5,000 tan sehari. Tanah-tanah yang mengandungi bijih besi disodok mengggunakan jentera dan dibawa ke pelabuhan Tok Bali sebelum dieksport ke China.


-Tamat-



sumber rujukan: Berita PKINK (Bumi Kelantan Kaya Sumber Mineral)

Wednesday, 19 December 2012

Sumber Galian Negeri Kelantan (Part 2: Batu Marmar dan Emas)

BATU MARMAR


Kekayaan bumi Kelantan dengan sumber mineral yang pelbagai kini tidak mampu dinafikan lagi. Antaranya batu marmar kini dijalankan secara agresif di Bukit Batu Bong, Mukim Ulu Nenggiri, Bertam, Gua Musang. Projek kuari marmar tersebut dibangunkan Kelstone dengan kerjasama CEP Resources sebuah syarikat dari China. Kawasan seluas 65 ekar diluluskan Pejabat Tanah dan Galian Kelantan sebagai kuari batu marmar. Operasi menghasilkan batu marmar juga mendapat kelulusan JMG. Batu marmar mentah yang dihasilkan di Bukit Batu Bong kemudian dibawa ke Simpang Pulai, Perak untuk dipolish (polishing process).




Mesin Gergasi Digunakan Bagi Memecah Bukit Baru Marmar


EMAS

Perlombongan emas sekarang dijalankan di dua tempat di Kelantan iaitu Mukim Sokor di Tanah Merah dan Kampung Pulai di Gua Musang. Di Sokor perlombongan emas diusahakan sebuah syarikat dari China iaitu China Nonferrous Metal Mining (Group) Co. Ltd (CNMC). CNMC sebuah konglomerat dari China yang terlibat dengan perlombongan sumber galian bukan ferus di seluruh dunia.

Manakala perlombongan emas di Kampung Pulai, Gua Musang dijalankan sebuah syarikat dari Australia. Perlombongan emas di Gua Musang menggunakan kaedah palung dan hard rock. Perlombongan emas aluvial di Kampung Pulai Daerah Galas bermula pada September 2011 membabitkan kawasan yang diluluskan kerajaan negeri seluas 257 hektar secara pajakan dalam tempoh 10 tahun. Kaedah perlombongan sekarang lebih tertumpu kepada menggunakan sistem palung. Dijangka syarikat terbabit akan melakukan perlombongan secara hard rock dua tahun lagi. Jumlah pengeluaran emas di lombong tersebut pada 2011 sebanyak 29,402.54 gram. sehingga sekarang pengeluaran emas di kawasan tersebut sekitar 12 kg sebulan dengan purata hasil sekitar RM2 juta.

Emas.. 
(sekadar gambar hiasan)
(sumber: google)


-Tamat-

Sumber Galian Negeri Kelantan (Part 3: Barit dan Bijih Besi)

sumber rujukan: Berita PKINK (Bumi Kelantan Kaya Sumber Mineral)

Tuesday, 18 December 2012

Sumber Galian Negeri Kelantan (Part 1: Batu Kapur dan Feldspar)




Bukan sekadar minyak ada di bumi Kelantan,sebaliknya kaya dengan sumbar galian seperti emas, bijih besi ,feldspar,batu marmar, granite dan barit. Jom kita tinjau dan lihat kekayaan sumber galian di Kelantan.

BATU KAPUR (LIMESTONE)

Galian yang banyak terdapat di Kelantan antaranya batu kapur berkalsium tinggi. Ia boleh digunakan bagi menghasilkan serbuk kalsium karbonat dan kapur tohor (quick lime).Anggaran simpanannya di bumi Kelantan sebanyak 179.9 juta tan metrik. Antara kawasan yang berpotensi mempunyai simpanan
batu kapur adalah seperti berikut:


Batu kapur (CaCO3) digunakan antara lain sebagai bahan untuk menurunkan kadar sulfur, bahan pembuat soda api, piler kare, kabel,penurunan kadar asam air, industri pupuk, pengkristal gula tepung, penetral limbah, ekstraksi peleburan besi, separator (pemisah) logam mulia, bahan baku semen. Selain itu sebagai bahan baku gelas pewarna, pemutih kertas pakaian, penyamak kulit, campuran minuman soda, farmasi, bahan pembuat cat, bahan keramik, pemadam api, industri kimia dan banyak lagi.


FELDSPAR (Batuan Volkanik Beralkali Tinggi)

Feldspar ialah istilah umum bagi kumpulan silikat aluminium yang mengandungi kalium, natrium dan kalsium. Kegunaan utama feldspar untuk industri kaca dan seramik. Menurut kajian JMG feldspar yang terdapat di Gua Musang mengandungi isi kandung alkali iaitu Na2O + K2O) > 6.5 peratus. Antara lokasi yang ditemui adaalh seperti berikut: 




-Tamat-

Nantikan entry seterusnya : Sumber Galian Negeri Kelantan (Part 2: Batu Marmar dan Emas)


sumber rujukan: Berita PKINK (Bumi Kelantan Kaya Sumber Mineral)