Bukan sekadar minyak ada di bumi Kelantan,sebaliknya kaya dengan sumbar galian seperti emas, bijih besi ,feldspar,batu marmar, granite dan barit. Jom kita tinjau dan lihat kekayaan sumber galian di Kelantan.
BATU KAPUR (LIMESTONE)
Galian yang banyak terdapat di Kelantan antaranya batu kapur berkalsium tinggi. Ia boleh digunakan bagi menghasilkan serbuk kalsium karbonat dan kapur tohor (quick lime).Anggaran simpanannya di bumi Kelantan sebanyak 179.9 juta tan metrik. Antara kawasan yang berpotensi mempunyai simpanan
batu kapur adalah seperti berikut:
Batu kapur (CaCO3) digunakan antara lain sebagai bahan untuk menurunkan kadar sulfur, bahan pembuat soda api, piler kare, kabel,penurunan kadar asam air, industri pupuk, pengkristal gula tepung, penetral limbah, ekstraksi peleburan besi, separator (pemisah) logam mulia, bahan baku semen. Selain itu sebagai bahan baku gelas pewarna, pemutih kertas pakaian, penyamak kulit, campuran minuman soda, farmasi, bahan pembuat cat, bahan keramik, pemadam api, industri kimia dan banyak lagi.
FELDSPAR (Batuan Volkanik Beralkali Tinggi)
Feldspar ialah istilah umum bagi kumpulan silikat aluminium yang mengandungi kalium, natrium dan kalsium. Kegunaan utama feldspar untuk industri kaca dan seramik. Menurut kajian JMG feldspar yang terdapat di Gua Musang mengandungi isi kandung alkali iaitu Na2O + K2O) > 6.5 peratus. Antara lokasi yang ditemui adaalh seperti berikut:
-Tamat-
Nantikan entry seterusnya : Sumber Galian Negeri Kelantan (Part 2: Batu Marmar dan Emas)
sumber rujukan: Berita PKINK (Bumi Kelantan Kaya Sumber Mineral)
No comments:
Post a Comment