alat komunikasi kapal digunakan untuk berhubungan antara
awak kapal (anak kapal) yang berada dalan sebuah kapal, atau di gunakan untuk
berkomunikasi dengan kapal lain atau berkomunikasi dengan mereka yang berada di
darat.
Pada zaman dahulu navigasi kapal atau arah tujuan kapal dilakukan dengan
melihat posisi benda-benda di langit seperti matahari dan bintang-bintang.
Kesulitan akan berlaku jika cuaca di langit mendung atau berlaku hujan. Di
zaman sekarang penentuan arah kapal lebih mudah dengan menggunakan alat-alat
navigasi kapal yang modern secara elektronik.
Di antara alat-alat navigasi kapal modern ialah:
1. MARINE RADAR Navigasi Kapal
Kapal laut pada masa sekarang telah di lengkapi dengan alat Marine Radar
Navigasi Kapal. Alat ini digunakan untuk mengesan kapal lain di lautan,
mengesan keadaan cuaca di hadapan arah pelayaran. Kelengkapan alat ini
membolehkan kapal laut meghindar dari cuaca dan laut yang merbahaya kepada
pelayaran. Di bawah ini dipamerkan beberapa peralatan navigasi kapal.
Gambar 1: “Marine Radar Alat Navigasi Kapal”
RADAR adalah singkatan daripada "radio detection and ranging".
Radar merupakan suatu sistem yang digunakan untuk mengesan, mengukur jarak dan
membuat peta benda-benda seperti pesawat dan hujan. Istilah radar pertama kali
digunakan pada tahun 1941, menggantikan istilah dari singkatan bahasa Inggeris
RDF (Radio Directon Finding). Alat ini berfungsi melalui Gelombang Radio Kuat
dipancarkan dan sebuah alat penerima mendengar pantulan gema yang
diterbalikkan. Dengan menganalisa gelombang yang dipantulkan, pemantul gema
dapat ditentukan lokasinya dan kadang-kadang dapat ditentukan jenisnya.
Walaupun gelombang yang diterima kecil, tapi gelombang radio dengan mudah dapat
dikesan dan diperkuatkan. Radar merupakan alat yang penting diguna untuk
mengesan jarak jauh yang tidak dapat dikesan melalui cahaya atau bunyi. Di
zaman sekarang penggunaan radar sangat luas, alat ini biasa digunakan di bidang
meteorologi, tatacara lalu lintas udara, mengesan kelajuan kenderaan oleh
pasukan polis trafik dan juga digunakan oleh pasukan tentera.
Marine Radar yang dilengkapi dengan Automatic Radar Plotting Aid (ARPA)
mempunyai kemampuan untuk membuat trek pelayaran (laluan) sesebuah kapal dengan
menggunakan kenalan radar. Sistem ini dapat mengukur jarak sesuatu laluan,
kelajuan dan titik terdekat pendekatan (CPA), sehingga dapat mengesan sama ada
laluan dihadapan akan bertembung dengan kapal lain atau dengan daratan.
Diantara fungsi alat navigasi ARPA ialah:
a. Dapat menuntukan arah navigasi kapal dengan persentasi RADAR KAPAL
b. Boleh berfungsi secara otomatik dan manual. Digital membaca secara tepat
berkenaan dengan course kapal, speed atau kelajuan kapal, range, bearing,
closest point of approach (CPA, and time to CPA (TCPA).
c. Kemampuan untuk mengeluarkan maklumat kemungkinan pelanggaran sacara
penilaian langsung pada PPI, dengan menggunakan vektor (benar atau relatif)
atau Prediksi grafis Luas Bahaya (PAD) layar.
d. Kemampuan untuk melakukan manuver kapal, termasuk perubahan. Tentu saja,
perubahan kelajuan, dan tentu saja gabungan / perubahan kelajuan. stabilisasi
tanah secara otomatik untuk keperluan navigasi.
e. ARPA proses informasi radar jauh lebih cepat dari radar konvensional
namun masih terdapat beberapa kekurangan tertentu.
f. Data ARPA seakurat data yang berasal dari input seperti giro dan log
kecepatan kapal.
-Tamat-
Nantikan Entry yang Akan Datang-Alat Navigasi Kapal dan Alat Komunikasi Kapal (PART 2: NAVIGASI SETELIT KAPAL)
2 comments:
menarik!
terima kasih..
Post a Comment