Saturday 8 December 2012

Alat Navigasi Kapal dan Alat Komunikasi Kapal (PART 2: NAVIGASI SATELIT KAPAL)


Satelit alat navigasi kapal adalah satelit yang menggunakan isyarat radio yang disalurkan kepada penerima di permukaan tanah untuk menentukan lokasi sebuah titik kapal di permukaan bumi atau di lautan. Salah satu satelit navigasi yang sangat popular adalah GPS milik Amerika Syarikat selain itu ada juga GLONASS milik Rusia. Bila pandangan antara satelit navigasi kapal dan penerima di tanah tidak ada gangguan, maka dengan sebuah alat penerima isyarat satelit (penerima GPS), boleh diperoleh data kedudukan kapal di suatu tempat dengan ketelitian beberapa meter dalam masa nyata. Satelit mata-mata adalah satelit pemerhati Bumi atau satelit komunikasi yang digunakan untuk tujuan ketenteraan atau mata-mata.


Salah satu peralatan moden untuk navigasi kapal adalah Global Positioning Satelite / GPS kapal adalah alat yang dapat mengetahui kedudukan koordinat bumi secara tepat yang boleh secara langsung menerima isyarat dari satelit. Peranti GPS kapal moden menggunakan peta sehingga merupakan peranti moden dalam navigasi di darat, kapal di laut, sungai dan tasik serta pesawat udara. kapal tanpa alat navigasi GPS pada zaman sekarang diibaratkan sebagai masakan yang tidak mempunyai garam.


Gambar di bawah adalah  GPS untuk alat navigasi kapal



Tamat..


Nantikan Entry yang Akan Datang-Alat Navigasi Kapal dan Alat Komunikasi Kapal  PART 3: PETA DAN KOMPAS 



No comments: