Saturday, 8 December 2012

Alat Navigasi Kapal dan Alat Komunikasi Kapal (PART 2: NAVIGASI SATELIT KAPAL)


Satelit alat navigasi kapal adalah satelit yang menggunakan isyarat radio yang disalurkan kepada penerima di permukaan tanah untuk menentukan lokasi sebuah titik kapal di permukaan bumi atau di lautan. Salah satu satelit navigasi yang sangat popular adalah GPS milik Amerika Syarikat selain itu ada juga GLONASS milik Rusia. Bila pandangan antara satelit navigasi kapal dan penerima di tanah tidak ada gangguan, maka dengan sebuah alat penerima isyarat satelit (penerima GPS), boleh diperoleh data kedudukan kapal di suatu tempat dengan ketelitian beberapa meter dalam masa nyata. Satelit mata-mata adalah satelit pemerhati Bumi atau satelit komunikasi yang digunakan untuk tujuan ketenteraan atau mata-mata.


Salah satu peralatan moden untuk navigasi kapal adalah Global Positioning Satelite / GPS kapal adalah alat yang dapat mengetahui kedudukan koordinat bumi secara tepat yang boleh secara langsung menerima isyarat dari satelit. Peranti GPS kapal moden menggunakan peta sehingga merupakan peranti moden dalam navigasi di darat, kapal di laut, sungai dan tasik serta pesawat udara. kapal tanpa alat navigasi GPS pada zaman sekarang diibaratkan sebagai masakan yang tidak mempunyai garam.


Gambar di bawah adalah  GPS untuk alat navigasi kapal



Tamat..


Nantikan Entry yang Akan Datang-Alat Navigasi Kapal dan Alat Komunikasi Kapal  PART 3: PETA DAN KOMPAS 



Wednesday, 5 December 2012

Alat Navigasi Kapal dan Alat Komunikasi Kapal (PART 1: MARINE RADAR NAVIGASI KAPAL)

Alat Navigasi kapal merupakan suatu alat yang amat penting dalam menentukan arah kapal,
alat komunikasi kapal digunakan untuk berhubungan antara awak kapal (anak kapal) yang berada dalan sebuah kapal, atau di gunakan untuk berkomunikasi dengan kapal lain atau berkomunikasi dengan mereka yang berada di darat.

Pada zaman dahulu navigasi kapal atau arah tujuan kapal dilakukan dengan melihat posisi benda-benda di langit seperti matahari dan bintang-bintang. Kesulitan akan berlaku jika cuaca di langit mendung atau berlaku hujan. Di zaman sekarang penentuan arah kapal lebih mudah dengan menggunakan alat-alat navigasi kapal yang modern secara elektronik.

Di antara alat-alat navigasi kapal modern ialah:

1. MARINE RADAR Navigasi Kapal

Kapal laut pada masa sekarang telah di lengkapi dengan alat Marine Radar Navigasi Kapal. Alat ini digunakan untuk mengesan kapal lain di lautan, mengesan keadaan cuaca di hadapan arah pelayaran. Kelengkapan alat ini membolehkan kapal laut meghindar dari cuaca dan laut yang merbahaya kepada pelayaran. Di bawah ini dipamerkan beberapa peralatan navigasi kapal.


Gambar 1: “Marine Radar Alat Navigasi Kapal”


RADAR adalah singkatan daripada "radio detection and ranging". Radar merupakan suatu sistem yang digunakan untuk mengesan, mengukur jarak dan membuat peta benda-benda seperti pesawat dan hujan. Istilah radar pertama kali digunakan pada tahun 1941, menggantikan istilah dari singkatan bahasa Inggeris RDF (Radio Directon Finding). Alat ini berfungsi melalui Gelombang Radio Kuat dipancarkan dan sebuah alat penerima mendengar pantulan gema yang diterbalikkan. Dengan menganalisa gelombang yang dipantulkan, pemantul gema dapat ditentukan lokasinya dan kadang-kadang dapat ditentukan jenisnya. Walaupun gelombang yang diterima kecil, tapi gelombang radio dengan mudah dapat dikesan dan diperkuatkan. Radar merupakan alat yang penting diguna untuk mengesan jarak jauh yang tidak dapat dikesan melalui cahaya atau bunyi. Di zaman sekarang penggunaan radar sangat luas, alat ini biasa digunakan di bidang meteorologi, tatacara lalu lintas udara, mengesan kelajuan kenderaan oleh pasukan polis trafik dan juga digunakan oleh pasukan tentera.

Marine Radar yang dilengkapi dengan Automatic Radar Plotting Aid (ARPA) mempunyai kemampuan untuk membuat trek pelayaran (laluan) sesebuah kapal dengan menggunakan kenalan radar. Sistem ini dapat mengukur jarak sesuatu laluan, kelajuan dan titik terdekat pendekatan (CPA), sehingga dapat mengesan sama ada laluan dihadapan akan bertembung dengan kapal lain atau dengan daratan.

Diantara fungsi alat navigasi ARPA ialah:

a. Dapat menuntukan arah navigasi kapal dengan persentasi RADAR KAPAL

b. Boleh berfungsi secara otomatik dan manual. Digital membaca secara tepat berkenaan dengan course kapal, speed atau kelajuan kapal, range, bearing, closest point of approach (CPA, and time to CPA (TCPA).

c. Kemampuan untuk mengeluarkan maklumat kemungkinan pelanggaran sacara penilaian langsung pada PPI, dengan menggunakan vektor (benar atau relatif) atau Prediksi grafis Luas Bahaya (PAD) layar.

d. Kemampuan untuk melakukan manuver kapal, termasuk perubahan. Tentu saja, perubahan kelajuan, dan tentu saja gabungan / perubahan kelajuan. stabilisasi tanah secara otomatik untuk keperluan navigasi.

e. ARPA proses informasi radar jauh lebih cepat dari radar konvensional namun masih terdapat beberapa kekurangan tertentu.

f. Data ARPA seakurat data yang berasal dari input seperti giro dan log kecepatan kapal.




-Tamat-

Nantikan Entry yang Akan Datang-Alat Navigasi Kapal dan Alat Komunikasi Kapal  (PART 2: NAVIGASI SETELIT KAPAL)