Kita mestilah membuat muhasabah, apakah kita telah
memberi ruang dan peluang kepada Al-Quran untuk memandu dan menyelesaikan permasalahan kehidupan kita. Berapakah
masa yang kita peruntukkan dalam khidupan kita untuk membaca Al-Quran dan
menghayati Al-Quran yang hanya mengandungi 6236 ayat sahaja dalam 114 surah dan
30 juzu’. Mengikut sistem penulisan kebanyakan Al-Quran berdasarkan Resam
Uthmani yang banyak tersebar dalam masyarakat hari ini, setiap juzu’ hanya
mengandungi 20 muka surat dan setiap muka surat mengandungi 15 baris sahaja,
ini bermakna sebauh Al-Quran hanya mempunyai 600 muka surat sahaja. Mengikut
kadar bacaan yang sederhana tempoh untuk membaca satu muka surat adalah kurang
dari 5 minit, bayangkan dimanakah kedudukan kita sebagai seorang mukmin yang
mengaku beriman dengan Al-Quran tetapi tidak mampu memperuntukkan sedikit masa
daripada 24 jam dalam sehari yang di beri pinjam oleh Allah kepada kita untuk
mengkaji dan memahami Al-Quran. Sedangkan dalam masa yang sama terdapat para
orientalis dan bukan Isalam yang membaca Al-Quran hanya untuk mengambil manafaat
dari maklumat dan ilmu yang melimpah ruah bagaikan airmata yang tidak mungkin
kering.
Kalau demikian apakah yang bakal kita jawab apabila
ditanya tentang kitab ikutan kita di akhirat nanti ? Oleh itu kita semua sebagai umat Islam kembalilah
mendampingi Al-Quran secara ikrab dan mesra iaitu dengan MEMBACA, MEMAHAMI dan
MENDALAMI lautan ilmunya serta mengamalkan seluruh ajarannya.
Dalam konteks ini, perlu di tegaskan bahawa jenerasi
anak muda yang sedang kita bentuk untuk mewarisi kehidupan akan datang perlu
dibekalkan dengan daya tahan yang utoh agar mereka tidak mudah rebah apabila
berdepan dengan cabaran hidup mada hadapan yang tentunya lebih mencabar dari
kehidupan kita hari ini. Nabi SAW telah menegaskan bahawa seseorang yang tiada
Al-Quran adalah seseorang yang tiada ketahanan seperti sabdanya yang bermaksud
“ Sesungguhnya orang yang tiada dalam tubuhnya sesuatu daripada Al-Quran
seolah-olah rumah yang bakal runtuh” (hadis riwayat Tarmizi)
Oleh itu pembudayaan Al-Quran dalam diri anak-anak dan
para remaja mestilah disemai seawal usia anak-anak. Tiada bekalan yang lebih berguna
kepada mereka selain daripada Al-Quran kerana ia adalah benting kukuh yang akan
menyelamatkan manusia didalam menjalani kehidupan.
Dalam hal ini, ibu bapa mestilah berada di saf hadapan
dalam memastikan anak-anak mampu membaca dan memahami Al-Quran walupun dalam
aspek lain dia telah melahirkan anak yang cemerlang namum hakikatnya dia telah
gagal jika anak-anak tidak fasih membaca Al -Quran. Pihak berwajib seperti institusi agama
mestilah berganding bahu dalam usaha membudayakan kehidupan berasama Al-Quran
ini, kerana kejayaan, kemajuan dan pembangunan yang sebenar adalah berlandaskan
Al-Quran.
Tamat...
No comments:
Post a Comment