Monday 11 February 2013

Happy Chinese New Year 2013 !!


A Great Wishes to our readers a happy and prosperous Chinese New Year. 
Gong Xi Fa Cai!.. From Portokbali Malaysia!! 


Al-Quran dan Manusia (Part 2)




Kita mestilah membuat muhasabah, apakah kita telah memberi ruang dan peluang kepada Al-Quran untuk memandu dan menyelesaikan permasalahan kehidupan kita. Berapakah masa yang kita peruntukkan dalam khidupan kita untuk membaca Al-Quran dan menghayati Al-Quran yang hanya mengandungi 6236 ayat sahaja dalam 114 surah dan 30 juzu’. Mengikut sistem penulisan kebanyakan Al-Quran berdasarkan Resam Uthmani yang banyak tersebar dalam masyarakat hari ini, setiap juzu’ hanya mengandungi 20 muka surat dan setiap muka surat mengandungi 15 baris sahaja, ini bermakna sebauh Al-Quran hanya mempunyai 600 muka surat sahaja. Mengikut kadar bacaan yang sederhana tempoh untuk membaca satu muka surat adalah kurang dari 5 minit, bayangkan dimanakah kedudukan kita sebagai seorang mukmin yang mengaku beriman dengan Al-Quran tetapi tidak mampu memperuntukkan sedikit masa daripada 24 jam dalam sehari yang di beri pinjam oleh Allah kepada kita untuk mengkaji dan memahami Al-Quran. Sedangkan dalam masa yang sama terdapat para orientalis dan bukan Isalam yang membaca Al-Quran hanya untuk mengambil manafaat dari maklumat dan ilmu yang melimpah ruah bagaikan airmata yang tidak mungkin kering.

Kalau demikian apakah yang bakal kita jawab apabila ditanya tentang kitab ikutan kita di akhirat nanti ? Oleh itu kita  semua sebagai umat Islam kembalilah mendampingi Al-Quran secara ikrab dan mesra iaitu dengan MEMBACA, MEMAHAMI dan MENDALAMI lautan ilmunya serta mengamalkan seluruh ajarannya.

Dalam konteks ini, perlu di tegaskan bahawa jenerasi anak muda yang sedang kita bentuk untuk mewarisi kehidupan akan datang perlu dibekalkan dengan daya tahan yang utoh agar mereka tidak mudah rebah apabila berdepan dengan cabaran hidup mada hadapan yang tentunya lebih mencabar dari kehidupan kita hari ini. Nabi SAW telah menegaskan bahawa seseorang yang tiada Al-Quran adalah seseorang yang tiada ketahanan seperti sabdanya yang bermaksud “ Sesungguhnya orang yang tiada dalam tubuhnya sesuatu daripada Al-Quran seolah-olah rumah yang bakal runtuh” (hadis riwayat Tarmizi)



Oleh itu pembudayaan Al-Quran dalam diri anak-anak dan para remaja mestilah disemai seawal usia anak-anak. Tiada bekalan yang lebih berguna kepada mereka selain daripada Al-Quran kerana ia adalah benting kukuh yang akan menyelamatkan manusia didalam menjalani kehidupan.

Dalam hal ini, ibu bapa mestilah berada di saf hadapan dalam memastikan anak-anak mampu membaca dan memahami Al-Quran walupun dalam aspek lain dia telah melahirkan anak yang cemerlang namum hakikatnya dia telah gagal jika anak-anak tidak fasih membaca Al -Quran.  Pihak berwajib seperti institusi agama mestilah berganding bahu dalam usaha membudayakan kehidupan berasama Al-Quran ini, kerana kejayaan, kemajuan dan pembangunan yang sebenar adalah berlandaskan Al-Quran.

Tamat...