Monday 14 January 2013

Al-Quran dan Manusia (PART 1)


Manusia diciptakan oleh Allah subahanawataala sebagi khalifah yang bertugas untuk memakmurkan bumi ini. Dalam melaksanakan tugas ini, manusia telah dibekalkan dengan panduan Al-Quran dan Hadis.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah cahaya kebenaran (Nabi Muhammad saw) dan sebuah kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan dengannya Allah keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)  yang terang benderang denbgan izinNya dan denganNya juga Allah menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan lurus.

Al- Quran juga memaparkan kisah-kisah yang berlaku sebelum penurunannya dan kisah-kisah yang bakal berlaku serta hukum- hakam yang memutuskan perkara-perkara berkaitan kehidupan. Semuanya adalah bertujuan supaya manusia mengambil pengajaran dari kisah-kisah lampau dan bersedia untuk kehidupan yang bakal dilalui serta membuat keputusan yang betul dalam kehidupan.

Dengan demikian mausia hidup berbandukan hidayah bukannya hidup berpandukan semata-semata akal, perasaan dan hawa nafsu yang akan membawa kehancuran dan kesesatan yang berpanjangan.

Bagi mendapat hidayah Al- Quran, manusia mestilah mendampingi Al-Quran mengikut tatacata yang diamalkan oleh Rasullallah saw, para sahabat dan alsalar solihin. Mereka sendiri membaca Al-Quran, memahami, mentadbir dan mengajarnya serta berusaha menghayatinya. Ibnu Maasud mengatakan: “Kami (para sahabat) apabila menghafal sepuluh ayat Al-Quran tidak akan berpindah ayat seterusnya kecuali setalah mengetahui makna dan mengamalkannya”.

Para sahabat dan Alsalaf Alsolihin mempunyai jadual mereka sendiri dalam membaca Al-Quran dari awal hengga akhirnya secara istikomah berterusan sepanjang kehidupan mereka samada ketika lapang atau sibuk, ketiak senang atau susah, mereka tetap membaca, mentadbir Al-Quran sehingga mereka dijemput mengadap illahi.

Inilah cara hidup mendampingi Al-Quran yang perlu dihidupkan dan dibudayakan dalam kehidupan seharian umat Islam iaitu merancang dan menjadualkan masa yang khusus untuk membaca, mendampingi dan berinteraksi dengan Al-Quran.

Pada hari ini, umat Islam seolah-olah sedang menghadapi krisis keyakinan terhadap Al-Quran kerana banyak urusan kehidupan tidak dirujuk kepada Al-Quran tetapi perkara-perkara lain yang dimertabatkan sebagai rujukan. Oleh itu kita melihat bagaimana umat Islam yang sedang berhadapan dengan pelbagai masalah dan krisis daripada perpaduan umat Islam hinggalah kepada isu akhlak dan sosial, semuanya belum mampu diselesaikan walaupun pelbagai teori dan pendekatan telah digunakan.